Open Cbox
Install this theme

Posts tagged: life

Dhia’ dan Nu’man duk main ciku-cakk. Masing2 jual mahal. Taknak tegur. Pandang memandang je. Kejap2 nangis. Huhu.

Time ziarah Kak Iman dan Imtiyaz pulak, baru nak senyum2. ^^

Terima kasih tak terhingga buat tuan rumah: Kak inoue dan Abg Najib serta Kak Fida dan Ustaz Din, kerana sudi menerima kedatangan kami tadi. Kami sekeluarga mendoakan kejayaan akak2 abg2 semua dalam imtihan akhir baru2 ni. Moga najah insyaAllah. Moga berjumpa lagi di lain hari. 

Isk3, sedih sebab ramai sangat kawan2 Dhia’ da nak balik Malaysia terutamanya Nu’man (kawan sebaya Dhia’, beza 3 hari je umur). Nanti Dhia’ sorang je bakal jadi boboboy kat are Sayyeda ni. Nanti kawan ngam ammu je la. Umi tumpang sedih jugak. T.T

Umi abi bawak Dhia’ jalan-jalan hirup angin malam di Mesir dengan motor. Ni kali pertama Dhia’ naik motor kat Mesir ni. Senyap je time atas motor. Tak cakap walaupun sepatah kata. :)

Umi abi bawak Dhia’ jalan-jalan hirup angin malam di Mesir dengan motor. Ni kali pertama Dhia’ naik motor kat Mesir ni. Senyap je time atas motor. Tak cakap walaupun sepatah kata. :)

Family outing.. ^^

Family outing.. ^^

Ke Sungai Nil untuk kali kedua.
Pagi Jumaat da jadi macam aktiviti wajib Dhia’ dibawa berjalan-jalan di Sg. Nil. Hirup udara segar yang susah nak jumpa di Mesir ni. 

Ke Sungai Nil untuk kali kedua.

Pagi Jumaat da jadi macam aktiviti wajib Dhia’ dibawa berjalan-jalan di Sg. Nil. Hirup udara segar yang susah nak jumpa di Mesir ni. 

Kali pertama umi abi bawak Dhia’ jalan2 tepi Sg.Nil walaupun Sg.Nil dengan rumah kami dekat je. Suhu pada hari ni 5 darjah C. Tapi selamba je umi abi bawak Dhia’ kuar jalan2. Hehe. Masa ni kalau bercakap, kuar wap dari mulut. Excited umi cakap banyak nak bagi kuar wap. 

Kali pertama umi abi bawak Dhia’ jalan2 tepi Sg.Nil walaupun Sg.Nil dengan rumah kami dekat je. Suhu pada hari ni 5 darjah C. Tapi selamba je umi abi bawak Dhia’ kuar jalan2. Hehe. Masa ni kalau bercakap, kuar wap dari mulut. Excited umi cakap banyak nak bagi kuar wap. 

WEANING

Alhamdulillah, Dhia’ membesar dengan baik dalam peliharaanNya. Sepanjang 5 bulan setengah membesarkan Dhia’, baru sekali Dhia’ selsema. Itu pun sebab berjangkit dari abi, sewaktu perubahan musim tempoh hari. Musim sejuk mmg ramai y mudah selsema. Tiap kali “vaccination” pun, Dhia’ tetap kuat, tak mudah demam. Pendek kata, alhamdulillah Allah beri kesenangan dalam menjaga anak tercinta ini.

7 januari lepas, genap Dhia berusia 5 bulan 2 minngu, akhirnya abi beri keizinan pada umi untuk start weaning Dhia’ walaupun pada awalnya kami merancang untuk tunggu usia 6 bulan. Keputusan ni pun dibuat atas pemerhatian kami ke atas tumbesaran Dhia’ di samping tanda-tanda awal Dhia’ da bersedia utk makan makanan pepejal, selain susu. Apapun, dalam menjaga anak, keputusan sesuatu perkara bukan hanya bergantung pada umur semata, namun perlu dilihat juga tanda-tanda lain. Setiap bayi berbeza. So, kena sentiasa buat research sebelum ambil keputusan atas sesuatu perkara. Umi pun selalu search bahan di internet terutama yang berkaitan dengan bayi, selain dari apa yang diajar dalam ilmu perubatan. Maklumlah, pandangan ibu-ibu lain yang da banyak pengalaman kadang-kadang lebih baik daripada teori y kita belajar semata.

Untuk weaning, umi guna kaedah 3 day waiting rule, although supposedly 4 day waiting rule. Huhu. Umi Dhia’ tak sabar sangat nak masak macam2 buat anak kesayangan. Maklumlah, anak sulong. Apepun, asalkan sekurang-kurangnya 2 hari waktu menunggu setiap kali memperkenalkan makanan baru untuk bayi agar dapat lihat sebarang tanda2 allergi terhadap makanan dan jenis makanan y anak sukai. So, untuk makanan pepejal pertama Dhia’, umi perkenalkan dengan air rebusan nasi.

Kenapa air rebusan nasi? Selain dari ia bersifat separa pejal, umi pilih ni sebab nak perkenalkan Dhia’ dengan rasa makanan ruji orang melayu iaitu nasi. Harus diingat sekali lagi bahawa bayi y berumur bawah setahun, pembekal nutrient utama masih lagi susu samada susu ibu atau formula. Makanan pepejal lain hanyalah sebagai complementary ke atas susu terutama susu ibu y bilamana umur anak mencecah 6 bulan, kandungan iron dan vitamin D mula berkurang dalam susu. Sebab tu faulty weaning boleh menyebabkan anak menghidap penyakit ricket atau iron deficiency anemia.

AIR REBUSAN NASI

Tanak nasi macam biasa. Tambahkan setengah cawan air masak ke dalam beras yang akan ditanak. Apabila air rebusan nasi sedang mendidih, scoop keluar setengah cawan air rebusan nasi y dimasukkan tadi. Sejukkan. Sedia untuk dihidang.

Jangan bersedih jika bayi hanya makan sedikit sahaja. Normal bagi bayi untuk makan sedikit dulu di peringkat pertama weaning ni. Dhia’ pun hanya habiskan 1/4 cawan (60 ml) air nasi. Biasanya 2 sudu besar (20 ml) adalah normal. Juga harus diingat, jangan menambah sebarang perasa ke dalam makanan bayi kerana bayi lebih suka makanan yang bersifat tawar. Sebolehnya 2 minggu pertama, perkenalkan satu jenis makanan sahaja kepada bayi. Kemudian, bolehlah mix and match dengan sayur atau buah.

Dan sebolehnya, suap makanan pada bayi bukan ketika bayi sangat lapar. Sebolehnya, biar perut bayi terisi dengan susu dulu, jika tak, kemungkinan besar bayi akan refuse untuk makan. Untuk Dhia’, umi biasa suap makanan selepas setengah jam dari waktu menyusu. Alhamdulillah, Dhia’ menunjukkan respon y baik. Dan pilih waktu makan yang sesuai untuk ibu dan bayi. Thats mean, ibu free time tu, so takde la rushing sangat nak anak habiskan makan cepat2. Karang tersedak plak anak. Huhu. Dan sebolehnya waktu makan y sama setiap hari. Baru anak terbiasa, mudah nak ajar nanti.

Err.. Terpanjang plak entry kali ni. Maaf sangat kalau ada info yang tersalah tentang weaning ni. Dan sebenarnya banyak lagi rule tentang weaning, tapi mungkin umi cite di lain entri plak ye.

Buah cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Umi budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.

Hehe. Ade pantun siap.. :)

si kecil anis

Anak saudara sulung ni memang agak manja dengan cik wa dan ayah ngah-nya. Kadang-kadang bila bangun je tidur, terus cari kami di bilik. Jarang boleh berenggang. Tambah pula bila dia dapat adik baru, layanan buat si adik kecil bertambah special, makin bertambah manja si kakak. Comel.

Teringat masa kami berdua ingin pulang ke rumah mama a.k.a mak mentua suami saya. Anis semacam tahu yang kami sudah bersiap untuk pergi. Sepanjang kemas barang sampai ke bersiap-siap, si kecil anis tak nak berpisah dengan kami. Sesekali mahu kami mendukungnya. Tanda dia nak juga ikut kami balik.

Saat saya selesai memakai sarung tangan, terus diambilnya sarung kaki saya yang sedia terletak di atas meja. Dicapainya, terus dipakainya. Tergamam saya melihat si kecil ini dengan gelagatnya. Memang dari kecil (sekecil setahun) lagi anis diajar oleh umi dan abahnya untuk memakai tudung tatkala keluar rumah, tapi tak pula diajar untuk memakai stokin sekecil ini. Melihat gelagat anis, terus tersentak hati saya, kanak-kanak bila diasuh dan diajar sejak kecil, mereka senang untuk ikut. Pemerhatian mereka terhadap suasana masyarakat sekeliling sangat mempengaruhi segala tindak tanduk mereka. Tanpa diajar pun, anis berjaya memakai sarung kaki walaupun masih belum mengerti sebab orang dewasa memakaianya. Subhanallah.

Berusaha memakai sarung kaki cik wa yang agak panjang buat anis.

"wa, tatat da ciap. (cik wa, kakak da siap)"

Saya membiarkan anis dengan sarung kaki saya. Usai bersiap, saya ke ruang tamu. Bercadang ingin memujuk anis supaya tidak terasa sangat perpisahan nanti, saya mengajaknya menonton kartun kegemarannya di babytv. Tapi, lain pula yang dibuat si kecil ini. Ternampak sehelai tudung tok ma yang dibiarkan di kerusi, si kecil ini terus memakainya. Sekali lagi saya tersentak. Nampaknya kali ini anis sudah sedia untuk mengikut kami balik ke bunut susu.

Khusyuk menonton babytv setelah selesai pakai tudung tok ma.

sedih

Sedih hati bila tengok gelagat anis. Bukan sedih dengan tindakannya memakai sarung kaki dan tudung, namun sedih bila melihat budak sekecil dua tahun pun sudah mengerti etika di luar rumah. Wanita perlu menutup aurat. Namun bila dibandingkan dengan keadaan sekarang, terlalu ramai yang sudah tidak segan mendedahkan aurat di khalayak ramai.

Kalaupun memakai tudung, hanyalah setakat menutup rambut, dada dibiarkan terbuka, tidak tertutup. Itupun kalau rambut tidak keluar mengurai. Ada pula yang pakai tudung, namun baju dan seluar masih menampakkan aurat. Kadang ketat, kadang berlengan atau berkaki pendek. Sedih.

Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku dalam diri seorang muslim. Muslim hanya pada nama tidak sepatutnya berlaku. Namun, mungkin faktor didikan agama, contoh keluarga serta pegangan akidah yang belum mantap memberikan sebab mengapa semua ini terjadi. Jadi, kita yang celik agama ini perlulah selalu peka dengan keadaan semasa. Rasa kasih sayang antara kita sepatutnya menjadi penyebab untuk kita sentiasa tegur menegur antara satu sama lain agar kita sama-sama jauh dari api neraka jahannam.

Mengambil keberkatan bulan ramadhan ini, saya menyeru diri saya sendiri serta rakan-rakan agar kita sama-sama menjadikan bulan kareem (mulia) ini sebagai suatu dorongan dan galakan buat kita berhijrah ke arah yang lebih baik. Kalau buat ikhwah, mereka boleh jadikan bulan ini sebagai penggerak untuk sama-sama tinggalkan amalan merokok, kenapa tidak akhawat?

p/s: jom sama-sama berusaha untuk menjadi ibu bapa yang baik buat anak-anak kita nanti. :)